Penyebab kepada masalah jerawat masih lagi belum dipastikan
seratus peratus. Pakar percaya bahawa punca utama jerawat ialah berlakunya
peningkatan tahap hormone androgen dalam tubuh manusia. Hormon andregon ini
meningkat secara mendadak apabila seseorang itu meningkat dewasa atau mencapai
akil baligh. Peningkatan androgen membuatkan kalenjar minyak di bawah kulit
bertumbuh dan kalanjar yang makin membesar ini akan menghasilkan lebih banyak
minyak. Sebum yang melampau akan memecahkan dinding sel dalam liang seterusnya
menyebabkan perkembagan bacteria.
Berikut antara faktor-faktor penyebab kepada pertumbuhan jerawat di muka dan badan :-
Faktor Genetik – Ada kajian yang menunjukkan bahawa
kecenderungan jerawat berpunca dari factor genetic.
Medikasi – Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi androgen
dan lithium juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh.
Kosmetik – Alat kosmetik yang berminyak boleh menyebabkan
jerawat kepada sesetengah orang yang kurang sesuai dengan produk kosmetik
tersebut.
Pemakanan – Ada juga kajian yang mendapati terdapat hubungan
pertumbuhan jerawat dengan cara pemakanan. Mereka yang suka mengambil makanan
berminyak serta makanan tenusu adalah lebih mudah mengalami masalah jerawat.