Sunday, October 13, 2013

5 Petua mujarab hilangkan jerawat di muka

Berikut adalah petua-petua yang dikatakan mujarab untuk menghilangkan jerawat di muka. Memang banyak petua hilangkan jerawat di muka yang boleh anda dapat kat mana-mana blog. Tapi kat bawah ini adalah antara 5 yang paling mujarab dari Fuh.my 

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.

2. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

3. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

4. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan. 

5. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.


Namun satu perkara yang perlu anda ingat ialah tahap kesensitifan kulit muka setiap manusia adalah berbeza. Sekiranya petua yang anda gunakan itu kurang berkesan atau menyebabkan jerawat di muka semakin membesar atau semakin banyak, anda perlu rujuk dengan doktor seperti yang disarankan oleh doktor pakar jerawat, Dr. Haseenah.