Jerawat atau nama saintifiknya, Acne Vulgaris, merupakan
satu penyakit kulit yang disebabkan oleh pori-pori kulit tersumbat sehingga
menyebabkan pengumpulan nanah yang kemudiannya membesar. Jerawat ini dihadapi
oleh semua manusia apabila seseorang itu mencapai akil baligh. Pertumbuhan jerawat dirangsang oleh hormon
yang dihasilkan dalam kalenjar adrenal yang terdapat pada lelaki dan perempuan.
Jerawat biasanya tidak merbahaya tetapi akan meninggalkan
bekas pada kulit. Kulit manusia mempunyai liang roma kecil yang berhubung
dengan kalenjar minyak yang terletak di bawah kulit. Kalenjar-kalenjar itu pula berhubung dengan liang roma melalui
folikel (terusan kecil). Kalenjar ini menghasilkan Sebum, iaitu cecair
berminyak. Sebum ini membawa sel kulit mati menerusi folikel ke permukaan
kulit. Sehelai rambut kecil akan tumbuh melalui folikel sehingga ke luar kulit.
Jerawat akan mula terbentuk apabila folikel-folikel ini terhalang dan
menyebabkan pengumpulan minyak di bawah kulit.
Perkataan acne datang dari perkataan acme yang bermaksud ‘the highest point’ yang berasal dari perkataan Greek, akme yang bermaksud ‘point’ atau ‘spot’.
Jerawat ini secara amnya akan muncul di bahagian muka,
belakang badan, dada, leher, bahu dan kepala. Terdapat beberapa jenis jerawat iaitu
:-
Whiteheads (jeragat) – Ianya tertinggal di bawah kulit dan
sangat kecil.
Blackheads (bintik hitam) – Dapat dilihat dengan jelas di
muka. Berwarna hitam dan muncul di permukaan kulit. Harus diingat bahawa bintik
hitam bukan disebabkan oleh kekotoran. Jadi janganlah terlalu menggosok muka
semata-mata untuk menghilangkannya.
Papules – Kelihatan di permukaan kulit. Ianya seperti lebam
kecil dan biasannya berwarna merah jambu.
Pustules – Jelas dilihat atas permukaan kulit. Ia berwarna
kemerah merahan dan mempunyai nanah di atasnya.
Nobules – Ia juga jelas dilihat atas kulit. Ianya adalah
jerawat besar dan agak keras. Ia juga menyakitkan dan tertanam jauh di dalam
kulit.
Cysts (jerawat batu) – Sangat jelas dilihat atas kulit. Ia
sangat menyakitkan dan dipenuhi dengan nanah. Jerawat jenis ini dengan mudah
boleh meninggalkan parut.