Wednesday, June 5, 2024

7 Tips Mencegah Jerawat di Dagu

Jerawat di area wajah manapun, termasuk dagu, memang cukup mengganggu. Selain mengurangi kepercayaan diri, kemunculan jerawat juga menimbulkan rasa nyeri yang tidak nyaman. 


Anda mungkin tidak dapat mencegah jerawat di agu akibat masalah hormonal. Namun, faktor penyebab lainnya masih bisa dihindari agar penyakit kulit ini tidak muncul di dagu Anda dengan cara di bawah ini. Berikut adalah 7 tips mencegah jerawat di dagu yang disyorkan oleh pakar.

1. Batasi makanan pemacu jerawat eperti makanan berminyak dan kaya gula.

2. Kelola stres yang dapat memicu ketidakseimbangan hormon.

3. Hindari menyentuh wajah dengan tangan yang kotor.

4. Kurangi paparan sinar matahari dan gunakan tabir surya untuk kulit wajah.

5. Bersihkan make-up sebelum tidur.

6. Kenali jenis kulit wajah agar tahu produk apa yang cocok untuk Anda.

7. Perbanyak makan buah dan sayur serta ikuti pola makan yang lebih sehat.

Bila ada pertanyaan lebih lanjut, silakan konsultasikan dengan dokter spesialis kulit untuk mendapatkan penanganan yang tepat


Sumber

https://hellosehat.com/penyakit-kulit/jerawat/jerawat-di-dagu/


Saturday, September 1, 2018

10 Tips Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!

Tips dan cara jaga muka

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.


2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.

Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

AKHIR KATA
Cara jaga muka

Selalulah membasuh muka dan rutin yang paling ringkas bagi yang beragama Islam adalah air wuduk yang membersihkan muka dan jiwa kita. Bersihkan tangan anda ketika hendak memegang muka dan selalulah membuat perawatan muka (masker, scrub) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sentiasa berselawat dan berdoa pada Allah agar dengan izin-Nya muka anda akan sentiasa berseri dan bercahaya, Insya-Allah. sumber

Saturday, August 25, 2018

10 Rahsia Kulit Muka Halus dan Cantik Orang Korea

Add captionmuka orang korea memang cantik

Jika anda seorang peminat drama Korea mesti perasan kulit muka orang Korea sangatlah bersih dan sihat. Tak kira lelaki ke perempuan kulit muka mereka flawless dan glowing habis! Dan kalau nak tahu orang Korea ni sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman. Sebab itu lah nenek-nenek di sana masih boleh melakukan aktiviti sukan yang lasak. Dahsyat betul.

Gadis manis ini kongsi 10 rahsia dan cara-cara orang Korea jaga muka dan badan. 
Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan
Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:

1) Penjagaan kulit yg wajib ada :
– pencuci muka (kina perasan ada yg cuci muka guna berus muka pobling tu, ni mmg sgt2 berkesan)
– toner
– moisturizer
Ketiga2 benda kat atas ni adalah benda asas yg setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.

2) Peeling Gel
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. Dulu kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic kina recommend Aqua Peeling.

3) Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.

4) Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yg minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.

5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.

6) Banyak bersukan
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yg buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran korea (umur dh 50 ke atas). Diorg kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je. So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan.

7) Pakai Face Mask 2kali seminggu
Kawan2 Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2kali seminggu.

8) Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.

9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. mula2 pelik tp bila makan sedap! Tauhu tu diorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor cicah sos hihihi

10) Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu

So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.. sebabtu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?

Semoga info2 ini memberi manfaat. Boleh share kat kawan2.


Tuesday, August 21, 2018

Umur cecah 60, ini rahsia Aznil Nawawi masih kekal muda

rahsia awet muda Aznil

PENGACARA no. 1 negara, Datuk Aznil Hj Nawawi mengakui tidak menyangka sudah hampir tiga dekad mewarnai dunia seni tanah air. Tetap laris dengan pelbagai tawaran, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Paknil, 56, dilihat sentiasa tampil dengan imej muda dan bertenaga.

Ditanya tentang soal itu, Aznil yang ditemui ketika majlis Sidang Media Ceria Megastar ini terus ketawa kecil.
“Sejak dari kecil lagi saya seorang yang energetik, aktif dan tampil ceria sentiasa sehinggalah sekarang.

“Alhamdulillah, saya tiada sakit apa-apa membuatkan kehidupan juga berjalan lancar,” jelasnya.
Dari segi penjagaan wajah, kata Aznil, dia sangat mengutamakan kebersihan diri.

“Saya tiada petua tertentu, sebaliknya hanya mengamalkan rutin mencuci muka setiap pagi dan malam.

“Amalan ini bukan dilakukan selepas berada dalam dunia glamor, tetapi telah diamalkan semenjak saya berusia 12 tahun ini.

“Bagi saya penjagaan wajah itu sangat penting tidak kiralah perempuan atau lelaki,” jelasnya.
Menurut Aznil lagi, atas kesedaran itu jugalah dia tampil dengan satu produk penjagaan wajah bagi membantu mereka yang mementingkan aspek itu.

“Ketika mula memperkenalkan  produk  tersebut,  saya sebenarnya nak ajar kaum lelaki bahawa tak ada salahnya kita mengambil berat tentang penjagaan wajah.

“Namun apa yang berlaku, kebanyakan pembeli terdiri daripada golongan wanita dan itu bermakna saya gagal yakinkan kaum lelaki dengan benda-benda macam ini.

“Mungkin mereka anggap saya jaga wajah sebab kerjaya saya, namun sebenarnya penjagaan wajah ini adah perlu untuk semua orang,” katanya. - sinar


Sunday, May 1, 2016

Produk D'Herbs untuk jerawat..sejauh mana keberkesanannya

Produk D'Herbs yang diasaskan oleh jutawan muda tempatan, Dato' Alif Syukri ini memang sedang meletop-letop di pasaran. Maka tak hairanlah kenapa beliau menjadi salah seorang usahawan tempatan antar yang terkaya di Malaysia dalam bidang kosmetik. Kalau kita tengok tv pun hampir setiap stesyen menyiarkan iklan 'terlajak laris' sampai naik muak mendengarnya...hehe.

Kali ini saya nak bercerita mengenai salah satu produk D'Herb yang dikatakan mampu merawat masalah jerawat di muka. Sejauh manakah keberkesanannya? Ia sebenarnya bergantung kepada jenis kulit kita. Maklumlah, semua manusia ini memiliki jenis kulit yang berbeze-beze. Ada yang kering dan ada yang berminyak. Kalau orang yang aktif melakukan aktiviti luar pula, memang agak berminyak lah muka tu sebab terlalu banyak berpeluh. Dan bagi budak remaja yang baru mencapai akil baligh pun berpotensi juga untuk mengalami masalah jerawat walaupun pertumbuhan jerawat itu sesuatu yang normal. Ianya disebabkan oleh hormon yang kurang seimbang ketika akil baligh.

Krim Lunas Jerawat D'Herbs
Nah, ini lah dia produk D'Herbs yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah jerawat. Bukan sahaja jerawat malah ia juga mampu mengatasi masalah resdung. Ia dihasilkan dari gabungan beberapa herba-herba tradisional yang berfungsi untuk mencuci,menyegar,mengeringkan jerawat sekali gus mengembalikan keremajaan kulit.Ia sesuai digunakan oleh smua peringkat umur terutamanya bagi kulit berminyak.Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Krim Lunas Jerawat D'Herbs
Produk ini datang dalam bentuk krim dan digunakan pada waktu malam sahaja. Sapukan krim tersebut di bahagian yang ditumbuhi jerawat dan kesannya boleh dilihat dalam tempoh seminggu. Menurut testimoni pengguna, apabila memakai krim ini, mereka akan merasa sangat segar dan sejuk di muka. Ada rasa gatal pada mulanya tapi ia beransur hilang selepas menggunakan produk ini selepas beberapa hari.

Korang boleh terjah beberapa blog testimoni pengguna seperti di SINI, SINI, dan SINI. Namun satu perkara yang saya nasihatkan ialah, sekiranya kesan gatal berpanjangan, korang cubalah minta nasihat dari pakar atau tanya doktor di farmasi berdekatan. Mungkin kulit korang mengalami alahan terhadap krim-krim tertentu. Ye lah, bukan semua kulit sesuai untuk menggunakan produk D'Herbs untuk jerawat ni.

Sekian untuk perkongsian.

Lagi Info Menarik:
> Wow! Wajah ahli silap mata ini memang cun melecun lah
> Nak makan makanan bergoreng Nando's lagi? Tak takut nanti muka berjerawat ker?

Sunday, November 29, 2015

8 Petua Tradisional hilangkan jerawat

Apabila kita berdepan dengan masalah-masalah kesihatan seperti masalah jerawat di muka, pasti ramai yang lebih dulu mencari petua tradisional atau petua semulajadi untuk merawat jerawat berbanding kaedah moden. Mungkin kerana ianya lebih dipercayai, murah, dan natural tanpa bahan kimia. Tambahan pula, jika kita merujuk kepada orang tua-tua, mereka pasti akan memberi petua-petua lama untuk merawat masalah kesihatan muka tersebut.

Berikut antara 8 petua tradisional hilangkan jerawat yang boleh dicuba.

1. Daun Sirih.
Ambil sehelai daun sirih dan rendam dalam air panas. Biarkan air menyejuk sehingga daun sirih layu. Selepas itu, ambil air tersebut untuk membasuh muka. Jangan terus lap muka tapi biarkan air tersebut kering sendiri.

2. Air Asam Jawa dan Kunyit Hidup
Campurkan sedikit asam jawa, air dan beberapa inci kunyit hidup yang ditumbuk. Apabila campuran sebati, ratakan ke seluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu basuh dengan air bersih. Jika diamalkan selalu, kulit anda akan bebas jerawat dan lebih halus.

3. Air Basuhan Beras
Basuhlah muka anda selalu dengan air basuhan beras. Biarkan kering dan kemudian basuh dengan air bersih.

4. Air Kelapa Tua
Bersihkan muka terlebih dahulu dengan bersih kemudian cuci lagi dengan menggunakan air kelapa tua. Sesudah kering, bilas dengan air. Amalkan tiga kali seminggu dan anda pasti puas hati dengan hasilnya.

5. Tepung Kanji
Larutkan sedikit tepung kanji dan sapukan di sekeliling jerawat yang timbul. Cara ini membolehkan pertumbuhan jerawat akan terhenti tanpa meninggalkan kesan bintik hitam di muka.

6. Daun Teh
Ambil daun teh yang masih hijau dan rendam dalam bekas air kemudian didihkan. Selepas mendidih, ambillah daun teh tersebut dan lekatkan ke bahagian jerawat. Mudah-mudahan, jerawat anda akan hilang dengan cepat.

7. Putih Telur Ayam Kampung
Campurkan putih telur ayam kampung dengan satu sudu tepung jangung dan minyak zaitun. Gaul rata kemudian sapu ke seluruh muka. Biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

8. Kulit Kayu Manis
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sebelum masuk tidur, tempekkan campuran tersebut ke muka. Hanya bilas pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

Demikianlah lapan petua hilangkan jerawat yang boleh anda praktikkan bagi mengatasi dan mencegah masalah jerawat. Semoga info ini berguna dan bermanfaat bagi anda yang sedang bergumul degan masalah jerawat.

Saturday, November 28, 2015

Ayam goreng penyebab jerawat di muka

Ayam goreng memang menjadi makanan kegemaran bagi kebanyakkan orang dari kecil hinggalah kepada orang dewasa. Namun selain daripada menyebabkan masalah berat badan dan masalah kolestrol tinggi dalam badan, ayam goreng juga boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat di muka. Dari jerawat kecil sampailah kepada jerawat batu. Aduh!! sakitnya tu di sini..
Ayam goreng (sekadar gambar hiasan)

Bagaimana ayam goreng boleh menyebabkan jerawat di muka?
Daging ayam yang digoreng bukan lah faktor utama kepada pertumbuhan jerawat di muka si pemakannya. Tetapi penyebab utamanya ialah minyak tak tepu atau minyak masak yang digunakan untuk menggoreng ayam tersebut. Minyak yang kita makan itu akan menyebabkan kalenjar kulit terhalang daripada mengeluarkan sebum dari dalam kulit badan kita. Sebum yang ini mengandungi bakteria yang menyebabkan jerawat tumbuh bukan saja di muka malah di bahagian badan lain. Baca lagi Apa Penyebab Jerawat?

Saya suka makan ayam goreng, bagaimana nak elak jerawat?
Caranya mudah sahaja. Kena jaga pemakanan saja dan sentiasa membersihkan muka. Baca selanjutnya Rawatan Jerawat. Antara tips yang boleh diamalkan ialah minum teh tanpa gula. Paling mujarab jika ianya dicampur dengan jus lemon segar. Bukan saja menambah kesihatan kulit malah ia juga mampu membantu mengurangkan berat badan.

Tidak salah jika anda suka makan ayam goreng tapi iannya haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana ayam goreng menggalakkan pertumbuhan jerawat di muka. Selain ayam goreng, makanan lain seperti burger, sosej, dan steak daging harus diambil dalam kuantiti sedikit. Pendek kata, apa-apa makanan yang bergoreng haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.


Friday, November 27, 2015

4 Herba Terbaik untuk merawat dan mengelakkan jerawat di muka

Jerawat oh jerawat. Tiada seorang pun yang rasa senang bila adanya jerawat yang tumbuh di badan terutamanya bahagian muka. Daripada masalah jerawat ini semakin menjadi-jadi, ada baiknya kita mencegah dari awal. Salah satu cara merawat dan mengelakkan jerawat dari tumbuh di muka ialah dengan mengamalkan pemakanan herba. Bukan sahaja terkenal sebagai sumber semulajadi untuk kecantikan diri, malah ianya lebih mudah, praktikal, murah dan senang diperolehi. Berikut antara 4 jenis herba terbaik untuk merawat dan mengelakkan jerawat di muka.

1. Serai
Bukan sahaja berfungsi untuk melazatkan makanan malah serai merupakan sumber aktibakteria yang mampu membantu mencegah pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat di muka. Namun ia haruslah diambil secara sederhana kerana jika terlalu banyak, ia boleh menyebabkan penyakit kulit kepada yang memiliki kulit sensitif.

2. Rosemary
Herba ini sangat disukai ramai kerana kenakkannya. Rosemary memiliki kualiti antiseptic yang memjadikannya sangat ideal untuk merawat jerawat. Kini, banyak syarikat kosmetik telah menggunakan rosemary sebagai salah satu sumber untuk menghasilkan produk penjagaan kulit mereka. Contohnya mask.

3. Pudina
Daun pudina juga merupakan salah satu herba yang sering digunakan terutamanya dalam masakan dan kosmetik. Pudina mampu menjadi bahan semulajadi antiseptik, menghilangkan gatal, mengurangkan bengkak, dan semestinya berkesan merawat jerawat.
Daun Pudina adalah sejenis herba

4. Selasih
Herba ini sangat membantu dalam meremajakan kulit bukan sahaja kulit muka malah seluruh tubuh dari hujung kaki ke hujung rambut.

Demikianlah 4 jenis herba yang sangat membantu sekiranya anda sedang bergelut dengan masalah jerawat di muka. Amalkan pemakanan berasaskan herba. Tapi harus diingat, jangan ambil secara keterlaluan kerana ianya akan memudaratkan kesihatan.


Friday, April 11, 2014

Nescafe boleh menyebabkan bintik hitam dan jerawat di muka?

Betulkah Nescafe boleh menyebabkan bintik hitam dan jerawat di muka? Mungkin ramai tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu atau tak pasti yang Nescafe especially 3 in 1 sememangnya boleh menyebabkan bintik hitam dan jerawat di muka. Kenapa saya bagi contoh Nescafe? sebab dulu saya memang suka minum Nescafe 3in1. Jerawat di muka sikit jer tapi bintik hitam ni yang banyak.
Krimer
Bulan lalu, saya dan kawan-kawan ada pergi ke sebuah kilang herba di Seoul, Korea Selatan. Staff di sana ada membuat demonstrasi bagaimana toksik dibuang dari badan kita ini dengan menggunakan ubatan herba. Salah satu minuman segera yang ditunjukkan adalah minuman berkarbonat dan minuman berkrim. Dan seperti yang dijangka, keduanya memang mempunyai kandungan toksik yang tinggi.

Menurut staff itu lagi, minuman berkrim dan bergas seperti Coca cola dan Nescafe 3 in 1 adalah memang tidak bagus untuk kesihatan. Krimer yang ada pada Nescafe boleh menyebabkan bintik hitam, jeragat dan jerawat. Tapi kopi yang ada pada Nescafe adalah bagus untuk kesihatan kerana ia adalah sumber tenaga jika diambil dalam kuantiti yang sesuai dan tidak berlebihan.

Tidak salah jika anda suka minum Nescafe 3 in 1 atau minuman bergas atau apa-apa minuman berkrim yang lain, tapi haruslah berpada-pada. Bukan hanya Nescafe 3 in 1, tapi asal saja minuman itu mempunyai kandungan krimer dan bergas, maka ia semestinya mempunyai toksin yang tinggi. Selain minuman, makanan segera serta pencemaran udara juga adalah penyumbang toksik dalam badan kita.

Jagalah kesihatan anda. Sekarang ni banyak herba yang boleh membantu menyingkirkan toksik dari badan yang disebabkan oleh pemakanan kurang sihat dan persekitaran yang banyak tercemar. Tapi pilihlah produk herba yang boleh dipercayai dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak kan herba untuk buang toksik yang paling mudah, minum saja teh.

Adakah Nescafe boleh menyebabkan bintik hitam dan jerawat di muka? Jawapannya, Ya. Tapi kalau anda nak kan lebih kepastian, tanya lah pakar kesihatan. 

Oh ya, anda juga boleh memiliki panduan Cara Mengawal Jerawat yang sistematik dari Doktor Perubatan iaitu Dr. Haseenah yang berpengalaman merawat pesakit jerawat selama lebih 8 tahun di laman webnya www.drhasseenah.com sekarang. Panduan ini memang sangat membantu menangani masalah jerawat.


Friday, October 25, 2013

3 Petua semulajadi untuk menyingkirkan bekas jerawat di muka

Bila banyak jerawat timbul di muka, ia memang mengganggu kita dan kekadang membuatkan kita malu berhadapan dengan kawan-kawan apa lagi dengan teman wanita atau teman lelaki. Tapi bila jerawat hilang, kebiasaannya ia akan meninggalkan bekas jerawat yang kebanyakannya akan kekal lama. Nah..satu lagi masalah.

Di sini, saya nak berkongsi 3 petua semulajadi untuk menyingkirkan bekas jerawat di muka.

1. Ambil lemon, perah jusnya. Celupkan kain lembut atau kapas lembut ke dalam jus kemudian usapkan pada kulit terutama di bahagian bekas jerawat. Jus lemon sangat mujarab untuk mencerahkan bekas hitam pada kulit.

2. Guna tomato. Ambil tomato dan potong kecil-kecil setebal 1/2 inci setiap satu. Kemudian letakkan di bahagian muka yang mempunyai bekas jerawat. Vitamin A yang terdapat dalam tomato bertindak sebagai antioksidan yang membantu merawat kulit terluka dan membantu menghilangkan bekas jerawat.

3. Jika anda mengalami bekas jerawat yang teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor seperti yang disarankan pakar jerawat, Dr. Haseenah. Biasanya, masalah serius ini akan dirawat dengan kaedah dermabrasion yang mana menggunakan alatan khas untuk membuka lapisan kulit yang terjejas dengan bekas jerawat tadi itu. Apabila lapisan kulit ini dibuka, ia akan memberi ruang kepada sel kulit baru untuk membentuk semula.

Selain tiga cara kat atas ni, biasanya pakar jerawat atau dermatologist menggunakan kaedah laser untuk merawat kulit muka yang bermasalah dengan bekas jerawat. 

Mungkin anda mahukan informasi yang lebih lanjut tentang masalah jerawat ini, jadi saya sarankan agar anda dapatkan saja buku panduan Cara Menghilangkan Jerawat dalam bentuk PDF dari Dr. Haseenah ini. 

Wednesday, October 23, 2013

3 Petua untuk menghilangkan bekas parut jerawat di muka

Jerawat boleh menjadi masalah yang mengganggu peribadi seseorang itu dan menyebabkan mereka malu serta berkeyakinan rendah. Banyak jerawat yang boleh hilang selepas matang tetapi ada juga jerawat yang meninggalkan kesan parut di muka.

Berikut ada 3 petua untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka yang boleh anda praktikkan. 

1. Skrub Baking Soda
Baking soda adalah bersifat alkaline (pahit) dan ia biasanya bersaiz kecil dan lembut. Sifat ini membolehkan baking soda ini sangat berkesan untuk menyingkirkan sel kulit mati tanpa menjengkelkan kulit. Untuk menggunakannya, campurkan 1 sudu teh baking soda bersama beberapa titik air sehingga ianya manjadi lembut seperti ubat gigi. Dengan perlahan, usap cairan tersebut di permukaan kulit muka dalam bentuk bulatan kecil selama 30 saat. Selepas itu, basuh muka dengan menggunakan air. Basuk sehingga bersih.

2. Toner jus lemon
Lemon sangat bersifat asid (asam) dan ianya mengandungi kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Sifat ini membantu mencegah radikal bebas pada kulit dan menjadikan kulit lebih cantik. Cara menggunakannya ialah ambil jus lemon, ambil kapas dan serap jus lemon dengan menggunakan kapas tersebut, kemudian letakkan kapas di permukaan muka. Pastikan anda bersihkan muka terlebih dahulu. Biarkan jus lemon tadi kering di atas kulit. Ulang prosedur ini tiga kali sehari.

3. Terapi urin
Urin atau air kencing telah digunakan sejak beribu tahun dahulu sebagai alat untuk mengurangkan kemerahan dan menstabilkan kesihatan kulit. Urin sangat sesuai untuk menghilangkan bekas parut jerawat. Untuk mengaplikasikannya, serap air urin yang anda buang di waktu pagi kemudian apply ke muka anda. Kemudian biarkan urin tersebut kering dan seterusnya basuh muka anda selepas 15 minit.


Mungkin terapi urin ini kurang sesuai bagi sesetengah orang namun ianya banyak diamalkan di negara-negara eropah sejak dahulu lagi. Jika anda inginkan panduan lengkap mengatasi masalah jerawat dalam masa 8 minggu, elok dapatkan ebook dari Dr. Haseenah tu.


Sumber : Kelly Sundstrom
http://www.ehow.com/way_5255268_natural-ways-remove-acne-scars.html

Monday, October 21, 2013

5 Tips merawat jerawat muka dengan mudah

Walaupun ramai orang yang mengalami kondisi ini semasa remaja namun jerawat muka juga sebenarnya boleh muncul ketika alam dewasa. Ia bergantung juga dengan aktiviti hormon badan, genetik, dan kebersihan diri. Sesetengah orang pula mengalami kes jerawat muka yang lebih serius berbanding orang lain dan memerlukan bantuan pakar.

Berikut antara 5 tips bagaimana anda boleh merawat dan mengurangkan masalah jerawat di muka:

1. Tahan diri daripada menggangu jerawat yang timbul di permukaan muka. Dengan kata lain, elakkan dari memicit jerawat kerana ini akan mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan parut di muka.

2. perlu diingat bahawa penyebab jerawat muka ialah disebabkan oleh kombinasi aktiviti hormon, pembentukan bakteria dan pengumpulan sel kulit mati. Lakukan pembersihan muka secara rutin harian dengan menggunakan produk penjagaan kulit muka yang sesuai dengan anda.

3. Bersabarlah. Ia mengambil masa sekitar sebulan untuk jerawat muka itu hilang sepenuhnya dari muka anda. Semakin kurang anda memicit jerawat, semakin cepat ia sembuh.

4. Cuba pakai topeng muka berlumpur. Ia dengan mudah akan menyingkirkan jerawat muka.

5. Jangan mudah percaya dengan iklan produk yang menawarkan rawatan pantas kepada jerawat muka. Ada produk yang kononnya boleh hilangkan jerawat dalam tempoh kurang dari 24jam. Ya, memang berkesan tetapi ianya bersifat jangka masa pendek. Lepas seminggu, mungkin lebih banyak jerawat lain yang akan timbul.

Saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi kita informasi mengenai pengawalan jerawat muka. Bagi sesiapa yang ingin tahu rahsia bagaimana menyingkirkan jerawat secara natural dalam tempoh 8 minggu saja, elok lah dapatkan ebook Panduan Cara Mengawal Jerawat dari Dr. Haseenah ini. Memang sangat membantu.



Sunday, October 13, 2013

5 Petua mujarab hilangkan jerawat di muka

Berikut adalah petua-petua yang dikatakan mujarab untuk menghilangkan jerawat di muka. Memang banyak petua hilangkan jerawat di muka yang boleh anda dapat kat mana-mana blog. Tapi kat bawah ini adalah antara 5 yang paling mujarab dari Fuh.my 

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.

2. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

3. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

4. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan. 

5. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.


Namun satu perkara yang perlu anda ingat ialah tahap kesensitifan kulit muka setiap manusia adalah berbeza. Sekiranya petua yang anda gunakan itu kurang berkesan atau menyebabkan jerawat di muka semakin membesar atau semakin banyak, anda perlu rujuk dengan doktor seperti yang disarankan oleh doktor pakar jerawat, Dr. Haseenah.

Friday, October 11, 2013

Tips 5 langkah mencuci muka untuk menghilangkan jerawat

Terganggu dengan masalah jerawat di muka? amalkan saja langkah-langkah mencuci muka berikut.

Langkah 1

Cuci tangan sebelum anda mencuci muka. Maksud saya cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda :).

Langkah 2

Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Langkah 3

Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung dan telinga dan di bawah dagu.

Langkah 4

Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

Langkah 5

Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.

Sumber Asal: Pak Lang

Rawatan Jerawat

Kebanyakkan orang hanya mengalami masalah jerawat yang minor sahaja. Ini biasanya boleh dirawat dengan rawatan OTC (over-the-counter). Ubatan untuk OTC ini boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi dari doctor. Ubatan ini biasanya hanya perlu disapu pada kulit muka dan badan yang ada jerawat.

Kebanyakkan produk OTC untuk merawat jerawat muka dan badan biasanya mengandungi bahan-bahan aktif berikut :-

Resorcinol – membantu memecahkan bintik hitam dan jeragat. Ia adalah kristal fenol dan datang dari pelbagai damar. Resorcinol juga digunakan untuk merawat kelemumur, ekzema dan psoriasis.

Benzoyl Peroxide – fungsinya untuk membunuh bacteria dan melambatkan produksi minyak pada kalenjar. Peroksida Benzoyl peroksida adalah kristal putih yang digunakan dalam pelunturan (tepung atau minyak atau lemak) dan sebagai pemangkin untuk tindak balas radikal bebas. Ia berfungsi sebagai agen pengelupasan, mempercepatkan perolehan kulit dan liang penjelasan, yang seterusnya mengurangkan jumlah bakteria di kawasan yang terjejas.

Salicylic Acid – membantu memecahkan bintik hitam dan jeragat. Asalnya ialah sulfur, iaitu pepejal kristal kuning. Sulfur telah digunakan selama berabad-abad untuk merawat jerawat, psoriasis dan ekzema. Para saintis tidak pasti bagaimana sulfur berfungsi untuk membantu penyakit kulit. Kita tahu bahawa unsur sulfur tidak dioksidakan secara perlahan-lahan kepada asid sulfurous yang merupakan agen penurunan dan antibakteria yang sederhana.

Retin-A – membantu mencabut liang yang tersumbat. Ia mengandungi Tretitonin, iaitu asid dari Vitamin A. Tretinoin juga digunakan untuk rawatan leukemia promyelocytic akut. Retin-A telah digunakan secara meluas untuk memerangi penuaan kulit.

Azelaic Acid - menguatkan sel-sel folikel, menghentikan penghasilan minyak yang banyak, mengurangkan pertumbuhan bakteria. Ia adalah asid dicarboxylic tepu yang didapati secara semula jadi dalam gandum, rai, dan barli. Asid azelaic juga menyingkirkan radikal bebas, yang mengurangkan keradangan. Ia amat berguna untuk pesakit dengan kulit gelap yang mempunyai tompok gelap di muka mereka (melasme).


Anda boleh membeli ubat jerawat dalam bentuk gel, sabun, pad, krim dan losyen. Jika kulit anda sensitif anda boleh memilih krim atau losyen. Gel, yang biasanya berasaskan alkohol dan cenderung untuk mengeringkan kulit, adalah lebih baik bagi orang-orang yang mempunyai kulit berminyak. Ubat-ubatan OTC mempunyai bahan-bahan ini dalam kepekatan yang berbeza. Ia adalah dinasihatkan untuk bermula dengan kekuatan yang terendah. Anda mungkin mengalami kegatalan kulit, kemerahan, dan / atau keradangan apabila anda pertama kali cuba. Kesan sampingan ini biasanya hilang selepas penggunaan berterusan. Jika kesan ini berterusan, anda perlu berjumpa segera dengan doktor.



Apa penyebab jerawat?

Penyebab kepada masalah jerawat masih lagi belum dipastikan seratus peratus. Pakar percaya bahawa punca utama jerawat ialah berlakunya peningkatan tahap hormone androgen dalam tubuh manusia. Hormon andregon ini meningkat secara mendadak apabila seseorang itu meningkat dewasa atau mencapai akil baligh. Peningkatan androgen membuatkan kalenjar minyak di bawah kulit bertumbuh dan kalanjar yang makin membesar ini akan menghasilkan lebih banyak minyak. Sebum yang melampau akan memecahkan dinding sel dalam liang seterusnya menyebabkan perkembagan bacteria.


Berikut antara faktor-faktor penyebab kepada pertumbuhan jerawat di muka dan badan :-


Faktor Genetik – Ada kajian yang menunjukkan bahawa kecenderungan jerawat berpunca dari factor genetic.

Medikasi – Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi androgen dan lithium juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh.

Kosmetik – Alat kosmetik yang berminyak boleh menyebabkan jerawat kepada sesetengah orang yang kurang sesuai dengan produk kosmetik tersebut.


Pemakanan – Ada juga kajian yang mendapati terdapat hubungan pertumbuhan jerawat dengan cara pemakanan. Mereka yang suka mengambil makanan berminyak serta makanan tenusu adalah lebih mudah mengalami masalah jerawat.

Apa itu Jerawat?

Jerawat atau nama saintifiknya, Acne Vulgaris, merupakan satu penyakit kulit yang disebabkan oleh pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan pengumpulan nanah yang kemudiannya membesar. Jerawat ini dihadapi oleh semua manusia apabila seseorang itu mencapai akil baligh.  Pertumbuhan jerawat dirangsang oleh hormon yang dihasilkan dalam kalenjar adrenal yang terdapat pada lelaki dan perempuan.


Jerawat biasanya tidak merbahaya tetapi akan meninggalkan bekas pada kulit. Kulit manusia mempunyai liang roma kecil yang berhubung dengan kalenjar minyak yang terletak di bawah kulit. Kalenjar-kalenjar itu  pula berhubung dengan liang roma melalui folikel (terusan kecil). Kalenjar ini menghasilkan Sebum, iaitu cecair berminyak. Sebum ini membawa sel kulit mati menerusi folikel ke permukaan kulit. Sehelai rambut kecil akan tumbuh melalui folikel sehingga ke luar kulit. Jerawat akan mula terbentuk apabila folikel-folikel ini terhalang dan menyebabkan pengumpulan minyak di bawah kulit.

Perkataan acne datang dari perkataan acme yang bermaksud ‘the highest point’ yang  berasal dari perkataan Greek, akme yang bermaksud ‘point’ atau ‘spot’.

Jerawat ini secara amnya akan muncul di bahagian muka, belakang badan, dada, leher, bahu dan kepala. Terdapat beberapa jenis jerawat iaitu :-

Whiteheads (jeragat) – Ianya tertinggal di bawah kulit dan sangat kecil.

Blackheads (bintik hitam) – Dapat dilihat dengan jelas di muka. Berwarna hitam dan muncul di permukaan kulit. Harus diingat bahawa bintik hitam bukan disebabkan oleh kekotoran. Jadi janganlah terlalu menggosok muka semata-mata untuk menghilangkannya.

Papules – Kelihatan di permukaan kulit. Ianya seperti lebam kecil dan biasannya berwarna merah jambu.

Pustules – Jelas dilihat atas permukaan kulit. Ia berwarna kemerah merahan dan mempunyai nanah di atasnya.

Nobules – Ia juga jelas dilihat atas kulit. Ianya adalah jerawat besar dan agak keras. Ia juga menyakitkan dan tertanam jauh di dalam kulit.

Cysts (jerawat batu) – Sangat jelas dilihat atas kulit. Ia sangat menyakitkan dan dipenuhi dengan nanah. Jerawat jenis ini dengan mudah boleh meninggalkan parut.



Tips Menghilangkan Jerawat di Muka

Masalah jerawat berlaku kepada semua orang.  Terutama bagi mereka yang sudah mencapai akil baligh. Apabila anda bangun di awal pagi untuk hari yang penting dan kemudiannya anda mendapati JERAWATTTT pada sang pipi yang gebu, anda harus melakukan sesuatu dengan segera. Rawatan jerawat terdapat pelbagai bentuk. Disebabakan setiap manusia mempunyai kulit yang berbeza kesensitifannya maka setiap rawatan yang digunakan mempunyai kesan yang berbeza. Sekirannya inginkan cara rawatan terbaik untuk jerawat, kenal pasti dahulu apakah spesis jerawat yang tumbuh itu. Banyak caranya.


Sejarah Tradisi
Manusia sudah mula berhadapan dengan masalah kulit especially muka semenjak manusia pertama melihat refleksi muka mereka untuk kali pertamanya. Cleopatra menggunakan teknik mandi susu untuk memastikan kulitnya sentiasa segar dan muda manakala orang Greek mengekalkan compleksi radiant kulit dengan madu. Kebanyakkan petua dulu-dulu ini masih digunakan sampai sekarang malah di spa-spa sekalipun mengamalkan cara lama yang dikatakan lebih berkesan.

Fungsi
Rawatan-rawatan jerawat boleh memberi kesan dalam banyak cara. Rawatan membolehkan kulit muka menjadi kurang friendly dengan sang jerawat dengan cara mengeringkan kulit atau membunuh kuman di dalam liang-liang kulit. Rawatan juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang terkena jerawat. Selain itu banyak rawatan yang akan mengubah persekitaran kulit secara sementara untuk mencegah bakteria jerawat daripada merebak ke kawasan kulit epidermis yang lain.

Jangka Masa
Rawatan jerawt biasanya memperlihatkan kesan selepas beberapa jam atau semalaman. Namun, hampir kesemua rawatan jerawat mengambil masa sekitar 24 jam untuk menunjukkan kesan. Mungkin anda boleh saja menghilangkan satu dua daripada jerawat anda selama tempoh ini namun sekiranya inginkan kulit yang tidak ditumbuhi jerawat, ianya akan mengambil masa berminggu-minggu untuk membentuk struktur kulit.

Jenis
Terdapat banyak jenis rawatan jerawat. Jika anda mempunyai kulit yang terlalu sensitif, maka adalah disarankan agar lebih banyak menggunakan rawatan semulajadi seperti herba, papermint, dan avocado yang membantu membersihkan liang-liang kulit tanpa menyebabkan radang. Untuk kulit yang berminyak, cubalah scrub atau pad yang mengandungi ubatnuntuk mengeringkan kulit yang berminyak. Terdapat juga pusat rawatan yang menggunakan teknik leser atau dengan sinaran ultraviolet untuk mendapatkan kulit yang berseri.

Pertimbangan
Sebelum anda mencuba rawatan-rawatan jerawat, pastikan ianya adalah sesuai dengan kulit anda. Jika anda tidak tahu kulit anda ini jenis apa, berjumpalah dengan pakar dermatologist untuk memastikan rawatan yang diambil adalah sesuai dan bukannya menjadikan masalah kulit lebih serius.

Amaran
Banyak rawatan jerawat yang menjadikan kulit sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Pastikan anda mematuhi semua arahan dan amaran terhadap rawatan jerawat anda. Jika tidak, kemungkinan akan berlaku kerosakan kulit yang kekal akibat daripada sunburn.

Sekiranya anda inginkan cara yang terbukti dan berkesan dalam menghilangkan serta mengawal jerawat, disarankan untuk mendapatkan ebook "Rahsia Jerawat" daripada Dr. Haseenah. Ebook ini menerangkan secara lebih lanjut, terperinci, dan mudah difahami mengenai penyelesaian masalah jerawat berserta fakta-fakta saintifik. 

Sumber asal: Edisi Blogger