Sunday, November 29, 2015

8 Petua Tradisional hilangkan jerawat

Apabila kita berdepan dengan masalah-masalah kesihatan seperti masalah jerawat di muka, pasti ramai yang lebih dulu mencari petua tradisional atau petua semulajadi untuk merawat jerawat berbanding kaedah moden. Mungkin kerana ianya lebih dipercayai, murah, dan natural tanpa bahan kimia. Tambahan pula, jika kita merujuk kepada orang tua-tua, mereka pasti akan memberi petua-petua lama untuk merawat masalah kesihatan muka tersebut.

Berikut antara 8 petua tradisional hilangkan jerawat yang boleh dicuba.

1. Daun Sirih.
Ambil sehelai daun sirih dan rendam dalam air panas. Biarkan air menyejuk sehingga daun sirih layu. Selepas itu, ambil air tersebut untuk membasuh muka. Jangan terus lap muka tapi biarkan air tersebut kering sendiri.

2. Air Asam Jawa dan Kunyit Hidup
Campurkan sedikit asam jawa, air dan beberapa inci kunyit hidup yang ditumbuk. Apabila campuran sebati, ratakan ke seluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu basuh dengan air bersih. Jika diamalkan selalu, kulit anda akan bebas jerawat dan lebih halus.

3. Air Basuhan Beras
Basuhlah muka anda selalu dengan air basuhan beras. Biarkan kering dan kemudian basuh dengan air bersih.

4. Air Kelapa Tua
Bersihkan muka terlebih dahulu dengan bersih kemudian cuci lagi dengan menggunakan air kelapa tua. Sesudah kering, bilas dengan air. Amalkan tiga kali seminggu dan anda pasti puas hati dengan hasilnya.

5. Tepung Kanji
Larutkan sedikit tepung kanji dan sapukan di sekeliling jerawat yang timbul. Cara ini membolehkan pertumbuhan jerawat akan terhenti tanpa meninggalkan kesan bintik hitam di muka.

6. Daun Teh
Ambil daun teh yang masih hijau dan rendam dalam bekas air kemudian didihkan. Selepas mendidih, ambillah daun teh tersebut dan lekatkan ke bahagian jerawat. Mudah-mudahan, jerawat anda akan hilang dengan cepat.

7. Putih Telur Ayam Kampung
Campurkan putih telur ayam kampung dengan satu sudu tepung jangung dan minyak zaitun. Gaul rata kemudian sapu ke seluruh muka. Biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

8. Kulit Kayu Manis
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sebelum masuk tidur, tempekkan campuran tersebut ke muka. Hanya bilas pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

Demikianlah lapan petua hilangkan jerawat yang boleh anda praktikkan bagi mengatasi dan mencegah masalah jerawat. Semoga info ini berguna dan bermanfaat bagi anda yang sedang bergumul degan masalah jerawat.

Saturday, November 28, 2015

Ayam goreng penyebab jerawat di muka

Ayam goreng memang menjadi makanan kegemaran bagi kebanyakkan orang dari kecil hinggalah kepada orang dewasa. Namun selain daripada menyebabkan masalah berat badan dan masalah kolestrol tinggi dalam badan, ayam goreng juga boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat di muka. Dari jerawat kecil sampailah kepada jerawat batu. Aduh!! sakitnya tu di sini..
Ayam goreng (sekadar gambar hiasan)

Bagaimana ayam goreng boleh menyebabkan jerawat di muka?
Daging ayam yang digoreng bukan lah faktor utama kepada pertumbuhan jerawat di muka si pemakannya. Tetapi penyebab utamanya ialah minyak tak tepu atau minyak masak yang digunakan untuk menggoreng ayam tersebut. Minyak yang kita makan itu akan menyebabkan kalenjar kulit terhalang daripada mengeluarkan sebum dari dalam kulit badan kita. Sebum yang ini mengandungi bakteria yang menyebabkan jerawat tumbuh bukan saja di muka malah di bahagian badan lain. Baca lagi Apa Penyebab Jerawat?

Saya suka makan ayam goreng, bagaimana nak elak jerawat?
Caranya mudah sahaja. Kena jaga pemakanan saja dan sentiasa membersihkan muka. Baca selanjutnya Rawatan Jerawat. Antara tips yang boleh diamalkan ialah minum teh tanpa gula. Paling mujarab jika ianya dicampur dengan jus lemon segar. Bukan saja menambah kesihatan kulit malah ia juga mampu membantu mengurangkan berat badan.

Tidak salah jika anda suka makan ayam goreng tapi iannya haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana ayam goreng menggalakkan pertumbuhan jerawat di muka. Selain ayam goreng, makanan lain seperti burger, sosej, dan steak daging harus diambil dalam kuantiti sedikit. Pendek kata, apa-apa makanan yang bergoreng haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.


Friday, November 27, 2015

4 Herba Terbaik untuk merawat dan mengelakkan jerawat di muka

Jerawat oh jerawat. Tiada seorang pun yang rasa senang bila adanya jerawat yang tumbuh di badan terutamanya bahagian muka. Daripada masalah jerawat ini semakin menjadi-jadi, ada baiknya kita mencegah dari awal. Salah satu cara merawat dan mengelakkan jerawat dari tumbuh di muka ialah dengan mengamalkan pemakanan herba. Bukan sahaja terkenal sebagai sumber semulajadi untuk kecantikan diri, malah ianya lebih mudah, praktikal, murah dan senang diperolehi. Berikut antara 4 jenis herba terbaik untuk merawat dan mengelakkan jerawat di muka.

1. Serai
Bukan sahaja berfungsi untuk melazatkan makanan malah serai merupakan sumber aktibakteria yang mampu membantu mencegah pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat di muka. Namun ia haruslah diambil secara sederhana kerana jika terlalu banyak, ia boleh menyebabkan penyakit kulit kepada yang memiliki kulit sensitif.

2. Rosemary
Herba ini sangat disukai ramai kerana kenakkannya. Rosemary memiliki kualiti antiseptic yang memjadikannya sangat ideal untuk merawat jerawat. Kini, banyak syarikat kosmetik telah menggunakan rosemary sebagai salah satu sumber untuk menghasilkan produk penjagaan kulit mereka. Contohnya mask.

3. Pudina
Daun pudina juga merupakan salah satu herba yang sering digunakan terutamanya dalam masakan dan kosmetik. Pudina mampu menjadi bahan semulajadi antiseptik, menghilangkan gatal, mengurangkan bengkak, dan semestinya berkesan merawat jerawat.
Daun Pudina adalah sejenis herba

4. Selasih
Herba ini sangat membantu dalam meremajakan kulit bukan sahaja kulit muka malah seluruh tubuh dari hujung kaki ke hujung rambut.

Demikianlah 4 jenis herba yang sangat membantu sekiranya anda sedang bergelut dengan masalah jerawat di muka. Amalkan pemakanan berasaskan herba. Tapi harus diingat, jangan ambil secara keterlaluan kerana ianya akan memudaratkan kesihatan.