Friday, October 11, 2013

Apa itu Jerawat?

Jerawat atau nama saintifiknya, Acne Vulgaris, merupakan satu penyakit kulit yang disebabkan oleh pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan pengumpulan nanah yang kemudiannya membesar. Jerawat ini dihadapi oleh semua manusia apabila seseorang itu mencapai akil baligh.  Pertumbuhan jerawat dirangsang oleh hormon yang dihasilkan dalam kalenjar adrenal yang terdapat pada lelaki dan perempuan.


Jerawat biasanya tidak merbahaya tetapi akan meninggalkan bekas pada kulit. Kulit manusia mempunyai liang roma kecil yang berhubung dengan kalenjar minyak yang terletak di bawah kulit. Kalenjar-kalenjar itu  pula berhubung dengan liang roma melalui folikel (terusan kecil). Kalenjar ini menghasilkan Sebum, iaitu cecair berminyak. Sebum ini membawa sel kulit mati menerusi folikel ke permukaan kulit. Sehelai rambut kecil akan tumbuh melalui folikel sehingga ke luar kulit. Jerawat akan mula terbentuk apabila folikel-folikel ini terhalang dan menyebabkan pengumpulan minyak di bawah kulit.

Perkataan acne datang dari perkataan acme yang bermaksud ‘the highest point’ yang  berasal dari perkataan Greek, akme yang bermaksud ‘point’ atau ‘spot’.

Jerawat ini secara amnya akan muncul di bahagian muka, belakang badan, dada, leher, bahu dan kepala. Terdapat beberapa jenis jerawat iaitu :-

Whiteheads (jeragat) – Ianya tertinggal di bawah kulit dan sangat kecil.

Blackheads (bintik hitam) – Dapat dilihat dengan jelas di muka. Berwarna hitam dan muncul di permukaan kulit. Harus diingat bahawa bintik hitam bukan disebabkan oleh kekotoran. Jadi janganlah terlalu menggosok muka semata-mata untuk menghilangkannya.

Papules – Kelihatan di permukaan kulit. Ianya seperti lebam kecil dan biasannya berwarna merah jambu.

Pustules – Jelas dilihat atas permukaan kulit. Ia berwarna kemerah merahan dan mempunyai nanah di atasnya.

Nobules – Ia juga jelas dilihat atas kulit. Ianya adalah jerawat besar dan agak keras. Ia juga menyakitkan dan tertanam jauh di dalam kulit.

Cysts (jerawat batu) – Sangat jelas dilihat atas kulit. Ia sangat menyakitkan dan dipenuhi dengan nanah. Jerawat jenis ini dengan mudah boleh meninggalkan parut.